Jumaat, 16 Julai 2010

KENAPA ISTERI CURANG...


Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan reda dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan...


Kalau 15 tahun dahulu, kes isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30 kes tapi kebelakangan ini kes isteri curang bileh berlaku antara 5 hingga 6 daripada 10 kes...Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang... Sejauh mana curangnya pasangan? Adakah ia sekadar berkawan. bercinta atau sudah bersama di tempat tidur??


Bagi suami atau lelaki, kalau sekadar berkawan atau bercinta, bagi saya masih belum boleh merujuk ia sebagai curang... Berbeza dengan isteri atau wanita, syarak mengharmkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami... Jika isteri bercinta dengan lelaki lain, isteri itu boleh dikategorikan sebagai curang tak kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab...


Kalau suami gagal melaksanakan tanggungjawab menyebabkan isteri beralih kasih, isteri perlu keluar daripada perkahwinan secara terhormat... Berdasarkan kes yang berlaku, 3 punca berlakunya isu pasangan curang, tak kira di pihak isteri atau pun suami...


CUBA-CUBA...

Ada individu yang sekadar mahu cuba2 kerana ingin tahu sama ada dirinya masih cantik dan laris di kalangan kawan2 di tempat kerja... Bermula hanya cuba2 dan apabila sudah berjaya, maka hati akan berbunga... Kemudian hubungan kawan akan mula berpanjangan dan bertukar menjadi pasangan istimewa...


SIMPATI BERLEBIHAN...

Ada pula yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian hidup masing2 atau berkenalan di tempat kerja... Simpati bertukar kasihan hingga sangguo berkorban apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kekasih hati hingga lupa status sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan diberikan perhatian...


BALAS DENDAM...

Ada juga kes berpunca daripada balas dendam... Seorang isteri dibelasah oleh suami dengan getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) gara2 terbongkar rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain... Bagaimanapun apabila diselidiki, si isteri berbuat demikian disebabkan sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar-tukar pasangan...


Di samping 3 faktor pendorong ini, sebab2 lain termasuklah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga... Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama2 juga perbaiki diri demi keharmonian rumahtangga... Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu kerana keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama...


Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan reda dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk memperbetulkan kesilapan pasangan... Andai gagal dibantu setelah usaha dan doa dilakukan, jalan terbaik adalah keluar daripada perkahwinan dan bukan turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang hakikatnya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada perkahwinan malah kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak...


Sebagai langkah pencegahan, perkara paling penting adalah bersikap berterus- terang, berbincang dan cuba mengatasi segala masalah yang ada... Rata2 isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi... Sebaiknya, bila isteri merasakan ada yang kurang berterus-terang dan suami pula perlu bersikap terbuka...


Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama...Jika masaing2 sayangkan perkahwinan, ikhtiarkan dan usahakan jalan penyelesaian... Jangan sewenang-wenangnya mendabik dada berbangga inilah anda dan langsung tak mahu berubah...


Tak salah berubah sikap jika ia baik untuk perkahwinan dan rumahtangga... Menerima pasangan seadanya bukan bererti perlu terima kelemahan yang tak perlu, sebalik kelemahan itu boleh dibaiki... Menerima seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi membantu mengatasi kelemahan masing2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan