Isnin, 19 Julai 2010

PANDUAN MENJAGA BARANG KEMAS

1. Pastikan anda memegang cincin pada gelungnya, tak pada batu berlian... Jari anda boleh meninggalkan lapisan nipis berminyak pada batu yang akan mengurangkan kilauannya... I aboleh diatasi hanya dengan menghembus perlahan pada permukaan cincin, lepas tu gosok lemput dengan kain pengesat cermin mata...

2. Dapatkan khidmat pakat emas bagi memastikan ikatan tatahan cukup teguh setiap 12 hingga 18 bulan sekali... Ini penting terutama bagi cincin emas putih yang jauh lebih rapuh berbanding emas kuning...

3. Anda mungkin ingin memaskai cincin berlian setiap masa tapi adalah bijak untuk menanggalkannya setiap kalu melakukan kerja lasak... Sungguhpun berlian amat keras, pukulan kuat boleh menyebabkan ia sompek atau retak... Jangan letak cincin anda di tepi sinki kerana kemungkinan anda terlanggar barang kemas boleh menyebabkan ia hilang dalam air...

4. Simpan cincin berlian dalam kotak berasingan atau beg lembut kecil bagi mengelak batu permata lain daripada tercalar akibat bergesel dengan barang kemas lain... Cara lain adalah dengan membalut cincin berlian dalam fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil bertutup...

5. Simpan barang kemas di tempat kering... Udara yang keterlaluan atau lembap memberi kesan ke atas sebarang batu permata...

6. Klorin boleh menyebabkan lekukan hodoh atau perubahan warna pada 'ikatan; tataham atau gelung cincin... Elak daripada menyarung cincin ketika mengguna sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur atau ketika berenang dalam kolam mandi...

7. Cara paling selamat membersih barang kemas ialah menggunakan air suam bersabun... Kekotoran atau minyak yang terkumpul pada berlian boleh hilang dalam campuran 50/50 air dan amonia... Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dengan berus gigi lembut... Bilas dengan cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata...

8. Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkan kilauannya dengan sapuan lembut fabrik chamois... Untuk hilangkan kesan kusam, rendam dalam air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dengan berus gigi lembut...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan