Jumaat, 9 Julai 2010

PELUK PASANGAN SEERAT MUNGKIN LEPAS B'TENGKAR

Perlukah b'tengkar ngn pasangan bila timbul isu yg mngkin remeh-temeh hingga leh m'ganggu hubungan? Melihat drpd sudut b'beza, p'tengkaran bahkan p'telingkahan juga ada manisnya... Sebenarnya ia turut m'beri impak positif kepada hubungan suami isteri kerana kadangkala p'tengkaran itu bakal mengeratkan lagi hubungan suami isteri... P'tengkaran sebenarnya adalah proses pasangan suami isteri cuba menyatukan citarasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mengikut kehendak sendiri... Dalam proses terbabit, keengganan satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi memendam perasaan sehingga menyebabkan sebelah pihak lagi tak puas hati lalu tercetus pertengkaran... Berikut beberapa petua yg leh dijadikan renungan buat pasangan untuk mengelak bibit pertengkaran sekaligus menyelamatkan rumahtangga...


MELUAHKAN ISI HATI...
Setiap pasangan perlu b'bincang dan meluahkan isi hati masing2 bagi meredakan p'masalahan... Ada yang enggan b'bincang dan lebih rela memendam saja perasaan dengan harapan segalanya akan berubah dengan sendiri dan menjadi baik satu hari nanti...Situasi tegang akan menjadi lebih parah apabila salah seorang mengungkit kelemahan pasangan... Sebaliknya, tumpuan hendaklah hanya kepada pokok permasalahan bukan meleret kepada perkara yang tak berkaitan... Dalam pada itu, jangan sesekali menggunakan kata2 kasar ketika bertikam lidah.. Sebaliknya terus gunakan nama yang sering digunakan... Jika sebelum bergaduh memanggil pasangan dengan 'sayang', teruskan ketika bertengkar...
Biar apa pun gelombang pertengkaran, pastikan ia tak berlaku di depan anak2... Ini penting kerana ia boleh menjejaskan emosi mereka malah boleh menyebabkan anak membuat persepsi negatif terhadap ibu bapa... Menjadi asam garam jika berlaku pertelingkahan dalam hubungan tapi dalam apa jua keadaan, ia perlu sentiasa dibatasi dengan kesabaran..


EMOSI...
Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri dan jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul atau melemparkan barang kerana ia hanya merugikan diri sendiri sedangkan masalah tak juga selesai... Jangan pula sesekali membenarkan orang ketiga masuk dampur dalam pertengkaran seperti ibu bapa, mentua atau adik beradik kerana dikhuatiri menyebabkan situasi semakin gagah...

ADAT...
Anggaplah pertelingkahan yang berlaku sebagai adat atau asam garam kehidupan yang boleh mematangkan diri masing2... Ingatlah, anda dan pasangan adalah dua insan berbeza... Pasangan anda dibesarkan mengikut caranya sejak kecil, manakala anda pula dibesarkan dengan cara tersendiri... Anda bertemu dengannya setelah sama2 dewasa, jadi jangan sesekali cuba menjadikan dirinya sama seperti anda... Cuba hormati dengan tindakan yang dilakukannya... Jika tak berkenan, luahkan dengan penuh diplomasi dan berikan contoh terbaik untuk dirinya berubah...


BERTOLAK ANSUR...
Jika timbul masalah, sama2 bekerjasama dalam mengemudi alam perkahwinan... Selepas bertengkar, jangan biasakan menyendiri atau meninggalkan pasangan kerana ia merugikan... Selesai bertengkar, peluklah pasangan seerat mungkin biarpun kita bersalah... Ungkapkan perkataan maaf dan minta perkara begitu tidak berlaku lagi... Anggaplah pertengkaran sesuatu yang positif kerana membolehkan anda dan pasangan semakin mesra.....

JANGAN BANYAK BERCAKAP...
Ketika bertengkar, hati masing2 dalam keadaan marah... Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tak menerima kerana masing2 mahu menegakkan pendapat sendiri... Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat sendiri...

KELEMAHAN PASANGAN...
Janagn menyebut hal itu kerana setiap orang ada kelemahan masing2... Jika anda mengungkitnya, ia turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda...Semakim lama ia mengundang sesuatu yang lebih parah...

JANGAN TINGGIKAN SUARA...
Cuba bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat...

JANGAN BERTENGKAR DEPAN MAKANAN ATAU DI TEMPAT TIDUR...
Ini kerana tempat itu sepatutnya menjadi tempat anda menjamu selera dan bermesra...

JANGAN KELUAR DARI RUMAH SEBELUM SELESAI...
Drama di televisyen sering suami segera meninggalkan rumah apabila bergaduh untuk memudahkan cerita... Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan isteri ditinggalkan dalam keadaan keliru... Hal ini menyebabkan dia tertekan dan anda perlu ingat anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan