Isnin, 19 Julai 2010

PANDUAN MENJAGA BARANG KEMAS

1. Pastikan anda memegang cincin pada gelungnya, tak pada batu berlian... Jari anda boleh meninggalkan lapisan nipis berminyak pada batu yang akan mengurangkan kilauannya... I aboleh diatasi hanya dengan menghembus perlahan pada permukaan cincin, lepas tu gosok lemput dengan kain pengesat cermin mata...

2. Dapatkan khidmat pakat emas bagi memastikan ikatan tatahan cukup teguh setiap 12 hingga 18 bulan sekali... Ini penting terutama bagi cincin emas putih yang jauh lebih rapuh berbanding emas kuning...

3. Anda mungkin ingin memaskai cincin berlian setiap masa tapi adalah bijak untuk menanggalkannya setiap kalu melakukan kerja lasak... Sungguhpun berlian amat keras, pukulan kuat boleh menyebabkan ia sompek atau retak... Jangan letak cincin anda di tepi sinki kerana kemungkinan anda terlanggar barang kemas boleh menyebabkan ia hilang dalam air...

4. Simpan cincin berlian dalam kotak berasingan atau beg lembut kecil bagi mengelak batu permata lain daripada tercalar akibat bergesel dengan barang kemas lain... Cara lain adalah dengan membalut cincin berlian dalam fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil bertutup...

5. Simpan barang kemas di tempat kering... Udara yang keterlaluan atau lembap memberi kesan ke atas sebarang batu permata...

6. Klorin boleh menyebabkan lekukan hodoh atau perubahan warna pada 'ikatan; tataham atau gelung cincin... Elak daripada menyarung cincin ketika mengguna sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur atau ketika berenang dalam kolam mandi...

7. Cara paling selamat membersih barang kemas ialah menggunakan air suam bersabun... Kekotoran atau minyak yang terkumpul pada berlian boleh hilang dalam campuran 50/50 air dan amonia... Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dengan berus gigi lembut... Bilas dengan cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata...

8. Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkan kilauannya dengan sapuan lembut fabrik chamois... Untuk hilangkan kesan kusam, rendam dalam air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dengan berus gigi lembut...

Jumaat, 16 Julai 2010

ALASAN KAUM WANITA BERBOHONG...

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya... Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu... Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian... Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya... Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu...

2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai... Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya... Lebih2 lagi daripada insan tersayang... Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya... Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu...

3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya... Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya... Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota... Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu...

4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil... Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal2 istimewa lainnya... Hati2 bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh... Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya... Sekiranya kamu tak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat...

5. Seks
Meskipun kamu tak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan... Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan... Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya...

6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari2 mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira... Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu... Jadi, sekiranya kamu benar2 mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera...

7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tak diperlukan lagi... Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang dah tentunya tak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani... Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu...

8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan... Apabila dah lama menjalin hubungan cinta, tapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan... Baginya, jika kamu tak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri... Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa...

10. Hubungan tak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu... Tapi ternyata, dia tak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tak hairanlah bila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

KENAPA ISTERI CURANG...


Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan reda dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan...


Kalau 15 tahun dahulu, kes isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30 kes tapi kebelakangan ini kes isteri curang bileh berlaku antara 5 hingga 6 daripada 10 kes...Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang... Sejauh mana curangnya pasangan? Adakah ia sekadar berkawan. bercinta atau sudah bersama di tempat tidur??


Bagi suami atau lelaki, kalau sekadar berkawan atau bercinta, bagi saya masih belum boleh merujuk ia sebagai curang... Berbeza dengan isteri atau wanita, syarak mengharmkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami... Jika isteri bercinta dengan lelaki lain, isteri itu boleh dikategorikan sebagai curang tak kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab...


Kalau suami gagal melaksanakan tanggungjawab menyebabkan isteri beralih kasih, isteri perlu keluar daripada perkahwinan secara terhormat... Berdasarkan kes yang berlaku, 3 punca berlakunya isu pasangan curang, tak kira di pihak isteri atau pun suami...


CUBA-CUBA...

Ada individu yang sekadar mahu cuba2 kerana ingin tahu sama ada dirinya masih cantik dan laris di kalangan kawan2 di tempat kerja... Bermula hanya cuba2 dan apabila sudah berjaya, maka hati akan berbunga... Kemudian hubungan kawan akan mula berpanjangan dan bertukar menjadi pasangan istimewa...


SIMPATI BERLEBIHAN...

Ada pula yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian hidup masing2 atau berkenalan di tempat kerja... Simpati bertukar kasihan hingga sangguo berkorban apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kekasih hati hingga lupa status sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan diberikan perhatian...


BALAS DENDAM...

Ada juga kes berpunca daripada balas dendam... Seorang isteri dibelasah oleh suami dengan getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) gara2 terbongkar rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain... Bagaimanapun apabila diselidiki, si isteri berbuat demikian disebabkan sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar-tukar pasangan...


Di samping 3 faktor pendorong ini, sebab2 lain termasuklah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga... Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama2 juga perbaiki diri demi keharmonian rumahtangga... Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu kerana keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama...


Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan reda dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk memperbetulkan kesilapan pasangan... Andai gagal dibantu setelah usaha dan doa dilakukan, jalan terbaik adalah keluar daripada perkahwinan dan bukan turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang hakikatnya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada perkahwinan malah kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak...


Sebagai langkah pencegahan, perkara paling penting adalah bersikap berterus- terang, berbincang dan cuba mengatasi segala masalah yang ada... Rata2 isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi... Sebaiknya, bila isteri merasakan ada yang kurang berterus-terang dan suami pula perlu bersikap terbuka...


Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama...Jika masaing2 sayangkan perkahwinan, ikhtiarkan dan usahakan jalan penyelesaian... Jangan sewenang-wenangnya mendabik dada berbangga inilah anda dan langsung tak mahu berubah...


Tak salah berubah sikap jika ia baik untuk perkahwinan dan rumahtangga... Menerima pasangan seadanya bukan bererti perlu terima kelemahan yang tak perlu, sebalik kelemahan itu boleh dibaiki... Menerima seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi membantu mengatasi kelemahan masing2...

Khamis, 15 Julai 2010

DICERAIKAN LEPAS BERHENTI KERJAAA...

KADANG KALA saya jadi bingung, ada orang kata jangan percaya suami 100 peratus, ada pulak kata wajib percaya.. Berpegang kepada kepercayaan mesti percayakan suami inilah saya melayari hidup berumahtangga dengan Noor menjangkau hingga6 tahun.. Mulanya memang bahagia, tetapi masuk tahun keenam segala-galanya bertukar.. Tanpa saya sedari sebabnya..'' Demikian cerita Ezaniwati dalam emelnya..

''Bermula selepas saya melahirkan anak kedua kami.. Masalah pertama timbul bila tak ada orang yang nak jaga baby.. Nak hantar kampung suami jauh, susah nak berulang.. Nak suruh emak saya jaga Noor tak suka..

''Cari punya cari akhirnya jumpalah seorang suri rumah yang sudi jaga anak kami.. Tapi syaratnya mesti ambil paling lewat jam 6 petang.. Sebab dia perlu masak untuk keluarganya, jadi kalau ada anak kecil agak menyusahkan dia..

''Kerana dah terdesak saya setuju.. Tapi masalahnya, bukan mudah nak balik awal sebab saya kena tunggu Noor datang jemput.. Noor pulak sejak akhir-akhir ini selalu sangat balik lewat, katanya banyak kerja.. Jadi kalau saya nak balik cepat kena naik bas..

''Bas di kota ini bukan mudah dan tidak menepati waktu, kalau dah hujan lebih teruk lagi.. Nak tumpang kawan tak ada pulak yang satu arah.. Nak tak hendak saya terpaksa naik bas dan biasanya memang lewat.. ''Bila selalu lewat si penjaga mula cerewet katanya saya tak menepati janji. Bila saya mengadu pada Noor saya pulak kena marah.. Sejak itu rumah tangga kami sering tak tenteram.. Puas saya cari pengasuh lain, susah nak dapat.. Nak hantar ke taman penjagaan kanak-kanak.. Bayaran wang lebih masa dikenakan.. Satu lagi masalah..

''Berpunca dari benda-benda kecil seperti inilah kami sering berselisih faham.. Akhirnya saya terpaksa beli kereta kecil, pinjam duit ayah untuk duit muka, sebab kalau tak bayar duit muka ansurannya tinggi, tak mampu pulak..

''Bila dah ada kereta semakin lewat Noh balik rumah, kalau dulu jam 8 malam dah sampai rumah, akhirnya dia balik jam 10 atau 11 malam.. Kerja banyak itulah alasannya.. Memang dia tak makan di rumah, tapi saya terpaksa uruskan 2 orang anak dan mengemas rumah seorang diri, sedangkan saya pun perlu rehat setelah penat bekerja..

''Hujung minggu pun Noor sentiasa sibuk dengan aktivitinya, memancinglah, lepak dengan kawanlah, hantar kawan kawinlah, macam-macam alasan.. Sesekali dia ada di rumah.. Tapi bila petang dia pergi lepak tah kat mana..

''Kami jarang balik kampung sebab kesuntukan masa.. Kata Noor kalau rindu sangat dengan emak awak, awak baliklah sendiri.." Takkan saya nak balik sendiri dengan dua orang anak yang masih kecil.. Lagi pun apa kata keluarga bila suami tak ikut sama..

''Kadang tu bila ada kenduri atau jemputan kahwin memanjang Noor tak mahu ikut saya balik kampung.. Keengganan dan kelainannya membuatkan saya merasa sangsi dan hairan.. Nak jadikan cerita satu hari saya ternampak kerongsang tudung terjaduh di lantai kereta Noor.. Ketika itu dia mandi, saya ambil nak pasti bukan milik saya.."

''Kerongsang itu saya simpan menjadi bukti.. Dalam pada itu saya cuba siasat apa sebenarnya punca Noor suka balik lewat.. Kawannya kata dia balik cepat, sekali sekala saja lambat.. Jadi ke mana dia kalau sering balik rumah lewat malam?

''Telefon bimbit untuk kemudahan dan menyimpan seribu satu rahsia.. Dari telefon itulah saya dapat mengesan ke mana Noor berlabuh, dan rahsianya.... Bukti...!!

''Bila bukti sudah cukup saya tanya Noor, siapa wanita bernama Erna, dan mengapa dia selalu pergi di Pandan.. Lelaki biasalah bila rahsianya pecah bukan nak mengaku sebaliknya dia mengamuk marahkan saya kerana mengganggu peribadinya..

''Kami perang besar, seminggu tak bertegur sapa.. Saya berusaha untuk memulihkan hubungan kami, sebaliknya berakhir dengan pertengkaran.. Kata Noor hidup kami sepi kerana saya terlalu sibuk dengan kerja saya hingga tak melayan dia.. Sebaliknya saya suka mengarahkan dia mengambil anak, itu bukan kerjanya..

''Saya tanya Noor apa cadangannya untuk pulihkan kembali hubungan kami.. Katanya sebagai isteri dan ibu saya mesti berhenti kerja, beri perhatian sepenuhnya kepada anak, suami dan rumahtangga.. Memang saya bantah..

''Tapi itulah alasan Noor semakin balik rumah jauh-jauh malam.. Setelah berbincang dengan keluarga akhirnya saya mengalah dan berhenti kerja.. Harapan saya selepas ini tentu rumah tangga kami kembali pulih..

''Lepas berhenti adalah tiga bulan Noor balik awal, lepas itu dia sambung balik tabiatnya balik lewat.. Kalau balik awal pun muka tak pernah senyum macam terpaksa aja.. Dia dalam dunianya sendiri bergayut di telefon.. Penat telefon main SMS, siapa tak sakit hati.. Dia lebih suka berbual di telefon daripada saya..

''Bila dah berhenti kerja masalah baru timbul, Noor tak pernah bagi duit cukup untuk belanja dapur, bagi duit sikit tapi suruh berjimat.. Akhirnya saya tak mahu ambil duit lagi, sebaliknya saya suruh dia beli barang dapur termasuk ikan dan sayur.. Tujuan saya supaya dia tahu berapa belanja dapur sebenarnya..

''Malangnya barang makan beliannya tak pernah cukup.. Nak minta duit tambahan memang susah, memanjang tak cukup duit.. Akhirnya duit simpanan semakin menguncup.. Sebab anak nak susu, Noor pulak sering terlupa nak beli susu.. ''Masalah kewangan selepas saya berhenti kerja memang tenat.. Tapi Noor buat selamba.. Dia tak mahu keluar duit.. Ini membuatkan kami sering bertengkar.. Akhirnya Noor ceraikan saya, alasannya saya hanya menyusahkan hidupnya. Tetapi selepas saya selidik melalui kawannya, rupanya dia bercadang nak kahwin dengan gadis Pantai Timur.. Mereka bekerja dalam satu bangunan tapi berlainan majikan..

''Menyesal saya berhenti kerja. Tetapi segala-galanya dah terlambat.. Saya ditinggalkan sendirian dengan anak-anak tanpa nafkah dan sewa rumah.. Akhirnya saya terpaksa balik kampung sebab duit dah habis dan tuan rumah dah tuntut sewa.. ''Saya bersyukur kerana ibu bapa saya amat perihatin dan sering membantu walaupun mereka bukan berpelajaran tinggi.. Mereka nasihatkan saya mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.. Katanya kerana saya berpelajaran tak salah pergi cari kerja untuk sara anak-anak.. Dan buat sementara waktu mereka bersedia menjaga anak-anak saya..

''Melalui kawan-kawan lama sama-sama belajar dulu, saya berpeluang mendapat kerja sementara walaupun gajinya tak banyak.. Saya akur, mungkin Allah sedang menguji kekuatan iman saya InsyaAllah rezeki saya akan bertambah nanti..

''Berbekalkan semangat dan keazaman yang kuat akhirnya saya dapat kerja tetap di tempat lain dalam masa tak sampai enam bulan.. Saya bercadang membawa anak-anak tinggal bersama bila yang sulung hendak masuk sekolah nanti..

''Sejak bercerai saya belum lagi membuat tuntutan nafkah anak-anak dan nafkah edah, bukan tak mahu, tapi tak ada masa, sebab saya perlu cari kerja untuk menyara anak-anak yang masih kecil. Pada saya jika Noor tak sedar dia kena bagi nafkah untuk anak-anak mungkin satu hari nanti Allah akan sedarkan dia.. ''Kini Noor sudah pun berkahwin, sedihnya sedang isterinya hamil syarikat tempat isterinya bekerja gulung tikar.. Noor tahu saya sudah bekerja cuma dia tak mahu cari anak-anaknya, sebab dia takut saya tuntut nafkah..

SENTIASA DOA UNTUK ISTERI TERSAYANG..

Masalah rumah tangga bukan hanya disebabkan hak suami yang tak dipenuhi, tapi mungkin disebabkan suami yang belum memenuhi kewajipannya dalam menunaikan hak isterinya... Berikut antara pesanan buat suami untuk membahagiakan isteri seterusnya mengukuhkan ikatan rumah tangga...

PERJUMPAAN YANG MANIS...
Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan korang berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu... Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang... Salam dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan korang.... Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya... Jika ada berita yang tak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu...

UCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK...
Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata2 positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan... Berikan perhatian ketika mendengar kata2nya... Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata2 korang didengar dengan baik...Usah lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan korang berdua...

BERSAHABAT DAN SANTAI...
Usah melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku... Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya... Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah bersamanya...



PERMAINAN DAN SELINGAN...
Senda gurau tentunya menceriakan lagi suasana berumah tangga... Ajaklah isteri menonton wayang/pertunjukan yang tentunya menggembirakan selain beriadah di luar bersama...

MEMBANTUNYA DALAM TUGAS RUMAH TANGGA...
Lakukan apa saja yang korang suka dengan membantunya melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit... Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa amat dihargai... Pada masa yang sama, jangan lupa berikan pernghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga...


MUSYAWARAH
Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga... Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk korang... Oleh itu, korang harus mempelajari dan mendengar pendapatnya... Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasihlah padanya...

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN APABILA MERANCANG PERJALANAN JAUH...
Apabila bertugas di luar daerah dan terpaksa meninggalkan anak dan isteri, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian... Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota keluarga terutama isteri... Ucapkan juga nasihat yang baik sebelum bertolak, berdoa dan meminta isteri selalu mendoakan korang ketika tak bersamanya...

BIJAK MERANCANG KEWANGAN KELUARGA
Sebagai suami, korang hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan anda...

BANTULAH DIA SUPAYA TAAT KEPADA ALLAH...
Salah satu tanggungjawab sebagai suami adalah membantu isteri dalam mentaati dan mencari keredhaan Allah...

TEGUR PERBUATAN ISTERI DAN MAAFKAN DIRINYA...
Setiap insan melakukan kesalahan.. Justeru, jangan jadi pendendam... Usah juga mengungkit kesalahannya yang kecil dan tak rugi jika korang memaafkan isteri bila dia melakukan kesilapan...

Jumaat, 9 Julai 2010

PELUK PASANGAN SEERAT MUNGKIN LEPAS B'TENGKAR

Perlukah b'tengkar ngn pasangan bila timbul isu yg mngkin remeh-temeh hingga leh m'ganggu hubungan? Melihat drpd sudut b'beza, p'tengkaran bahkan p'telingkahan juga ada manisnya... Sebenarnya ia turut m'beri impak positif kepada hubungan suami isteri kerana kadangkala p'tengkaran itu bakal mengeratkan lagi hubungan suami isteri... P'tengkaran sebenarnya adalah proses pasangan suami isteri cuba menyatukan citarasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mengikut kehendak sendiri... Dalam proses terbabit, keengganan satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi memendam perasaan sehingga menyebabkan sebelah pihak lagi tak puas hati lalu tercetus pertengkaran... Berikut beberapa petua yg leh dijadikan renungan buat pasangan untuk mengelak bibit pertengkaran sekaligus menyelamatkan rumahtangga...


MELUAHKAN ISI HATI...
Setiap pasangan perlu b'bincang dan meluahkan isi hati masing2 bagi meredakan p'masalahan... Ada yang enggan b'bincang dan lebih rela memendam saja perasaan dengan harapan segalanya akan berubah dengan sendiri dan menjadi baik satu hari nanti...Situasi tegang akan menjadi lebih parah apabila salah seorang mengungkit kelemahan pasangan... Sebaliknya, tumpuan hendaklah hanya kepada pokok permasalahan bukan meleret kepada perkara yang tak berkaitan... Dalam pada itu, jangan sesekali menggunakan kata2 kasar ketika bertikam lidah.. Sebaliknya terus gunakan nama yang sering digunakan... Jika sebelum bergaduh memanggil pasangan dengan 'sayang', teruskan ketika bertengkar...
Biar apa pun gelombang pertengkaran, pastikan ia tak berlaku di depan anak2... Ini penting kerana ia boleh menjejaskan emosi mereka malah boleh menyebabkan anak membuat persepsi negatif terhadap ibu bapa... Menjadi asam garam jika berlaku pertelingkahan dalam hubungan tapi dalam apa jua keadaan, ia perlu sentiasa dibatasi dengan kesabaran..


EMOSI...
Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri dan jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul atau melemparkan barang kerana ia hanya merugikan diri sendiri sedangkan masalah tak juga selesai... Jangan pula sesekali membenarkan orang ketiga masuk dampur dalam pertengkaran seperti ibu bapa, mentua atau adik beradik kerana dikhuatiri menyebabkan situasi semakin gagah...

ADAT...
Anggaplah pertelingkahan yang berlaku sebagai adat atau asam garam kehidupan yang boleh mematangkan diri masing2... Ingatlah, anda dan pasangan adalah dua insan berbeza... Pasangan anda dibesarkan mengikut caranya sejak kecil, manakala anda pula dibesarkan dengan cara tersendiri... Anda bertemu dengannya setelah sama2 dewasa, jadi jangan sesekali cuba menjadikan dirinya sama seperti anda... Cuba hormati dengan tindakan yang dilakukannya... Jika tak berkenan, luahkan dengan penuh diplomasi dan berikan contoh terbaik untuk dirinya berubah...


BERTOLAK ANSUR...
Jika timbul masalah, sama2 bekerjasama dalam mengemudi alam perkahwinan... Selepas bertengkar, jangan biasakan menyendiri atau meninggalkan pasangan kerana ia merugikan... Selesai bertengkar, peluklah pasangan seerat mungkin biarpun kita bersalah... Ungkapkan perkataan maaf dan minta perkara begitu tidak berlaku lagi... Anggaplah pertengkaran sesuatu yang positif kerana membolehkan anda dan pasangan semakin mesra.....

JANGAN BANYAK BERCAKAP...
Ketika bertengkar, hati masing2 dalam keadaan marah... Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tak menerima kerana masing2 mahu menegakkan pendapat sendiri... Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat sendiri...

KELEMAHAN PASANGAN...
Janagn menyebut hal itu kerana setiap orang ada kelemahan masing2... Jika anda mengungkitnya, ia turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda...Semakim lama ia mengundang sesuatu yang lebih parah...

JANGAN TINGGIKAN SUARA...
Cuba bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat...

JANGAN BERTENGKAR DEPAN MAKANAN ATAU DI TEMPAT TIDUR...
Ini kerana tempat itu sepatutnya menjadi tempat anda menjamu selera dan bermesra...

JANGAN KELUAR DARI RUMAH SEBELUM SELESAI...
Drama di televisyen sering suami segera meninggalkan rumah apabila bergaduh untuk memudahkan cerita... Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan isteri ditinggalkan dalam keadaan keliru... Hal ini menyebabkan dia tertekan dan anda perlu ingat anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah...