Rabu, 29 Disember 2010

DERITA APABILA CINTA BERALIH ARAH (Kes babit suami isteri seolah-olah lupa matlamat perkahwinan)

Kisah suami bermain kayu tiga atau si isteri berkasih-kasihan dgn lelaki lain bukan perkara baru dalam masyarakat kini.. Ia bagaikan sudah menjadi trend tanpa masing2 memikirkan matlamat perkahwinan, juga kebahagiaan dan kasih sayang yang selama ini dicurahkan pasangan serta anak.. Hakikatnya, bertepuk sebelah tangan memang tak kan berbunyi.. Bagi yang pernah berdepan detik sukar ini, memang terasa cukup perit tatkala cinta suami atau isteri berpaling tadah..

Ramai berpendapat berpisah kerana tiada persefahaman masih boleh diterima berbanding berpisah kerana pasangan berubah hati kepada org lain.. Itu diakui oleh ROHANI ABDULLAH (bukan nama sebenar), 32, suri rumah yang mengakui rumah tangganya hancur akibat suaminya, HUSIN (bukan nama sebenar) bermain kayu tiga dengan janda yang lebih berusia daripadanya sejak tahun 2008..

Kerjaya suami Rohani yang bertugas sebagai anggota keselamatan memaksa mereka sering berpindah dari satu negeri ke satu negeri lain demi memenuhi tuntutan kerja.. Wanita berasal dari Sungai Buloh, Selangor ini berkata, pada awal suaminya dipindahkan ke sebuah negeri di Malaysia Timur dan mereka sekeluarga terpaksa berpindah sementara kerana ada beberapa masalah berkaitan keluarga...

Namun, pada penghujung 2009, dia membawa 3 anaknya menetap bersama suaminya di kediaman yang disediakan pihak majikan.. Pada mulanya, segala-galanya berjalan seperti biasa dan dia langsung tak menyedari kecurangan suaminya... Tetapi, naluri wanitanya mula berasa sangsi dengan sikap pelik suaminya yang sering pulang lewat malam dan suaminya itu enggan membenarkan menggunakan telefon bimbitnya..

Dia mula sangsi dan mengesyaki ada yang tak kena kerana hampir setiap hari Husin balik lewat malam dan kadangkala hingga ke dinihari... Ia mendorongnya menebalkan muka menghubungi beberapa rakan sekerja suaminya untuk bertanyakan hal berkenaan.. Seperti diduga, dalam diam rupa2nya Husin bermain cinta dengan janda dari Indonesia yang dikenali di sebuah kedai makan berhampiran tempat kerjanya.. Rohani mengakui pernah terbaca mesej berbaur cinta daripada penghantar yang tak dikenali ke telefon bimbit suaminya..

"Mesejnya, 'Sayang, I Love U too'.. Musykil dengan mesej berkenaan saya menghubungi wanita itu untuk bertanyakan siapakan dia.. Tapi wanita itu menjawab, 'Saya bakal madu awak' dan meminta saya jangan mencampuri urusan mereka," katanya.. Tertekan dengan apa yang diberitahu, Rohani bertanyakan sendiri kepada suaminya..

"Saya memintanya mengaku tapi dia enggan dan sebaliknya menuduh mereka cerita sedangkan saya tahu hubungan mereka sebenarnya sudah terjalin sejak pertengahan 2008.. Kami bergaduh besar dan tak cukup dengan itu, dia turut menampar saya di depan anak2.. Kecewa dengan tindakannya, saya mengambil keputusan kembali ke pangkuan keluarga tak lama selepas kejadian kerana dah tak sanggup hidup bersama dengannya," katanya..

Rohani berkata, jika diikutkan hati, dia mahu terus bercerai dengan suaminya tapi terpaksa memendamkannya sementara kerana mengenangkan nasib 3 anaknya.. Selepas kejadian itu, Husin menghubunginya untuk menjernihkan kembali keadaan tapi hatinya belum dapat menerima segala perbuatan suaminya selama ini..

"Saya tak akan memaafkannya walaupun Husin menangis hingga mengeluarkan air mata darah sekalipun.. Entah di mana silapnya, kasih sayang dan kesetiaan yang diberikan selama 8 tahun perkahwinan hingga sanggup suami mencari wanita lain.. Buat masa sekarang saya menumpang di rumah keluarga kerana sudah tak tahu ke mana hendak dituju.. Sudah 8 tahun saya berhenti kerja dan ia mungkin sukar untuk kembali mencari pekerjaan dalam waktu terdekat.. Mujur simpanan masih ada bagi menampung kehidupan kami.. Tapi saya berhasrat untuk memulakan hidup baru dengan mencari kerja sendiri mencari nafkah bagi menyara anak2," katanya yang hingga kini masih tak dapat membuat keputusan sama ada mahu berpisah atau tidak dengan suaminya..

MARLIANA AHMAD (bukan nama sebenar), 38, turut mengalami kehancuran rumah tangga apabila suaminya terpikat dengan wanita lain dari negara jiran.. Menurut Marliana, suaminya tak begitu kacak, tetapi memandangkan mempunyai kedudukan di tempat kerjanya, dia menjadi tarikan pekerja bawahan terutama pekerja dari seberang.. Dia tak menyangka suaminya yang berstatus bos di sebuah kilang boleh jatuh cinta dengan wanita Indonesia yang boleh dianggap sebagai anaknya sendiri..

Marliana sendiri pernah menerima panggilan daripada wanita itu yang mengatakan mahu hidup bermadu dengannya tetapi tak mengambil peduli kerana menganggap ia hanya gurauan.. Wanita itu pula seakan-akan tak serik menghubungi suaminya di rumah meskipun dia sendiri pernah memarahi dan mengugut mahu melaporkan kepada pihak berkuasa..

"Wanita itu juga kerap datang ke rumah kami mencari suami dan saya menghalaunya seperti orang gila kerana tak tahan dengan kelakuannya yang memalukan saya di depan jiran.. Ketika itu, usia perkahwinan kami baru mencecah 2 tahun dan saya ketika itu masih dalam pantang anak pertama.. Lebih mengecewakan apabila keluarga mentua juga seakan-akan menyalahkan saya yang dikata tak pandai melayan suami," katanya..

Selepas lebih 5 tahun menahan hati hidup bermadu, Marliana akhirnya mengambil keputusan bercerai secara fasakh dengan suaminya pada 2004 lalu.. Wanita tabah dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata sebelum bercerai, dia mendapat tahu suaminya bernikah kali ketiga dengan seorang wanita yang juga berasal dari negara seberang.. Sejak itu, Marliana sudah tak mengambil peduli mengenai suaminya dan nekad memulakan hidup baru di ibu kota..

"Memang saya puas hati sangat apabila suami berkahwin kali ketiga kerana ia membuktikan kepada keluarga mentua dan madu bahawa suami bukanlah sebaik yang mereka sangka.. Sejak perkahwinan ketiga itu terbongkar, kehidupan 2 madu saya tak pernah tenang dan saling bermusuhan.. Saya sudah tak ambil peduli dengan semua itu kerana apa yang penting, saya dan anak sudah bebas daripada mereka," katanya..

Untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga, Marliana berkata dia kini berniaga kecil2an untuk menyara 4 orang anak berusia antara 7 hingga 13 tahun.. Sebelum ini bekas suaminya memang jarang hulurkan nafkah tetapi tahun ini selepas dia mengugut membawa perkara itu ke mahkamah, barulah bekas suaminya mahu membayar secara tetap setiap bulan..

"Alhamdulillah, walaupun jumlah yang diberikan itu tak sebanyak mana, sedikit sebanyak ia membantu meringankan beban kewangan setiap bulan.. "Saya akui tak menyesal memilih jalan begini kerana tak perlu lagi makan hati dengan sikapnya yang bukan saja sudah melupakan tanggungjawab kepada keluarga malah seakan sudah menafikan kewujudan kami anak beranak di hatinya," katanya..

Penuntut institusi pengajian tinggi awam di ibu kota, Edriani Mohamed (bukan nama sebenar), 22, mengakui dia menjalin hubungan cinta dengan Azmi, (bukan nama sebenar), 42, yang sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 anak..Walaupun jarak usia teman lelakinya hampir 20 tahun, bagi Edriani, itu tak menghalang kasih sayang mereka berdua.. Menurutnya, mereka bertemu pada satu seminar anjuran universitinya 3 tahun lalu dan ketika itu, Azmi seorang tetamu jemputan majlis berkenaan.. Daripada hubungan biasa, mereka semakin rapat dan kini bergelar pasangan kekasih yang sukar untuk dipisahkan.. Edriani berkata, bukan tiada lelaki yang cuba mendekatinya tapi sejak mengenali Azmi, pintu hatinya seakan-akan tertutup untuk menerima cinta lain..

"Saya tak pernah mengimpikan untuk bercinta dengan suami orang apatah lagi lelaki yang berusia.. Sebelum ini saya pernah bercinta dengan rakan sekuliah tetapi tak kekal lama kerana kami masing2 tak mahu mengalah dan tiada persefahaman.. Keadaan itu berbeza bila saya bersama Azmi kerana ternyata dia lebih matang dan mempunyai kerjaya stabil.. Setiap bulan dia tak lokek menghulurkan wang dan saya menggunakan duit berkenaan untuk membiayai yuran pendidikan serta perbelanjaan makan minum," katanya..

Ditanya sama ada dia benar2 sanggup hidup bermadu, anak sulung daripada 3 beradik dari selatan tanah air itu mengakui, niatnya bukan ingin merampas lelaki berkenaan daripada isterinya tetapi dia sekadar mahu menumpang kasih..

"Saya tak pernah bertemu dengan isterinya kerana kami berpendapat masa belum mengizinkan.. Lagipun, saya masih belajar dan tak mahu perkara ini terdedah kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu pengajian," katanya.. Bagaimanapun, menyedari hubungan itu memang tak akan direstui sesiapa, ini memaksa dia menyimpan rapi rahsia hubungan yang memasuki tahun ketiga itu daripada pengetahuan rakan ataupun keluarga.. Katanya, mereka langsung tak mempunyai ruang untuk bersama kerana hanya berjumpa 3 kali seminggu pada hari bekerja..

"Itu sudah lebih daripada mencukupi kerana biarpun tak bertemu setiap hari, dia tetap akan mengirimkan SMS dan kadang2 membuat kejutan menghantar bunga ke rumah... Azmi mengakui masih menyayangi isteri dan anak2, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk merampas kebahagiaan berkenaan.. Azmi juga berjanji apabila saya tamat belajar tahun depan, kami akan menamatkan hubungan ini dengan ikatan perkahwinan.. Saya berharap dia akan mengotakan janjinya itu." katanya..

Pengalaman sedih turuu dikongsi ZUL ARIF (bukan nama sebenar), 36, yang mengalami keruntuhan rumah tangga kerana isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain di tempat kerjanya.. Menurut Zul, selama ini dia tak percaya dengan khabar angin yang mengatakan isteri kesayangannya ALIYAH (bukan nama sebenar), 36, menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga rakan sepejabatnya.. Namun,hubungan terlarang itu terbongkar selepas isteri lelaki berkenaan bertemunya untuk menunjukkan gambar panas aksi di ranjang antara Aliyah bersama suami wanita itu yang dipercayai dirakam di rumah mereka sendiri.. Lebih mengecewakan apabila rakaman gambar itu dipercayai sudah pun disebarkan dalam kalangan teman sekerja isterinya..

"Isteri saya enggan mengaku salah malah sanggup bersumpah atas nama Tuhan semata-mata untuk menafikan tuduhan menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.. Ia betul2 menghancurkan hati kerana ketika bertanyakan hal itu kepadanya, saya sudah pun memiliki salinan gambar aksi yang mereka rakamkan.. Saya berasa sangat kecewa kerana kejadian itu berlaku selepas 7 tahun kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki," kata suami malang ini..

Zul memang tak menyangka isterinya sanggup menduakan cintanya semata-mata kemaruk kasih suami orang yang jauh lebih tua daripada mereka.. Menyingkap kembali kisah kecurangan yang terbongkar itu, Zul berkata, sebelum ini tiada tanda menunjukkan isterinya berlaku curang kerana setiap hari dia menghantar Aliyah ke pejabat dan mereka pulang bersama...

"Ketika di tempat kerja lama, sikapnya tak begini dan sentiasa riang.. Semuanya berubah apabila Aliyah dipindahkan ke tempat kerja baru awal tahun lalu dan bertemu dengan lelaki berkenaan.. Sejak itu, sikapnya mula berubah menjadi seorang pendiam dan jarang mahu bercuti melainkan cuti umum saja.. Lebih teruk, dia juga sering menyembunyikan telefon bimbitnya dan kerap memberi alasan tertinggal di pejabat," katanya..

Zul pernah menemui lelaki berkenaan pada suatu majlis keraian hujung tahun lalu dan Aliyah memperkenalkannya sebagai salah seorang bos di pejabatnya.. Dia langsung tak mengesyaki kemesraan isterinya dan lelaki berkenaan kerana menganggap ia hanya hubungan profesional atas dasar kakitangan sepejabat..

"Ketika saya bertemu dengannya, hubungan mereka sebenarnya sudah berjalan hampir setahun.. Mungkin saya bodoh kerana tak perasan kecurangannya selama ini, tetapi Allah itu Maha Adil kerana bangkai gajah tak boleh ditutup.. Sampai sekarang saya tak boleh melihat mukanya kerana dia yang menyebabkan rumah tangga kami ranap dan anak kami yang tak bersalah menjadi mangsa.. Mungkin ini ujian Tuhan tetapi jujurnya, sampai hari ini saya tak dapat memaafkan kecurangan yang dilakukannya itu," katanya yang nekad membawa kes berkenaan ke muka pengadilan..

(Petikan dari akhbar Harian Metro)