Jumaat, 7 Januari 2011

BILA JIWA KACAU...

Hidup ini penuh suka dan duka,penuh dengan watak yang mewarnai laluan perjalanannya.. Kita pasti selalu mengharap agar perjalanan yang kita lalui sentiasa ceria tanpa duka.. Tanpa menyedari jika itu yang berlaku, kita sebenarnya bakal menjadi manusia yang tak punya pengalaman dan penuh dengan kebosanan..

Kita sering berharap supaya kira bahagia namun kira lupa kekecewaan dan kebahgiaan itu bukan terletak di luar diri.. Ia datang bersumber dari dalam diri kita sendiri.. Kitalah yang sebenarnya memilih keadaan diri sama ada duduk dalam erti kebahagiaan sebenar ataupun sebaliknya..

Hal ini jarang sekali kita peduli kerana bagi kita kebahagiaan itu sebenarnya datang dari keadaan luaran dan keadaan luaran adalah penentu utama kebahagiaan.. Jika kita seorang yang bahagia secara dalaman maka kita takkan peduli bagaimanakah keadaan luaran kita, biarpun buruk atau pun tak..Kita melihat segala sesuatu dengan persepsi yang positif.. Kita tak merasakan sesuatu masalah itu sebagai bebanan tetapi melihatnya sebagai satu maklum balas yang kita terima yang memerlukan pembetulan atau mencorakkan semula...

Mereka yang bahagian secara dalaman sntiasa mempunyai tidur yang lena, sentiasa segar dan mempunyai semnagta yang tinggi dlm hidup.. Mereka pasti akan hidup penuh dengan kasih sayang.. Kasih sayang ini bukan saja untuk sesama manusia tetapi ianya juga untuk makhluk keseluruhan.. Itulah faktor yang ada pada generasi datuk dan nenek kita.. Biarpun kelihatan kurang berharta tetapi mereka cukup bahagia.. Keadaan ini jelas kelihatan dari tutur kata mereka dalam perbualan dan perlakuan mereka sesama makhluk.. Justeru, mereka gemar untuk memelihara binatang dan mereka hidup penuh dengan kesopanan, kelembutan dan kasih sayang...

Hari ini ramai di antara kita yang tak bahagia secara dalaman... Mereka hidup penuh dengan kebencian dan paling memualkan adalah persepsi negatif yang mereka ada dalam melihat kehidupan.. Mereka sentiasa mempunyai sangka buruk dan memikirkan kejadian yang buruk lebih dari melihat kebaikan sesuatu peristiwa.. Mereka ini cukup meletihkan kerana mereka sentiasa mahi bahagian tetapi tak pernah faham apa itu kebahagiaan.. Mereka berpendapat kebahagiaan itu perlu datang dari luar... Orang bijak p[ernah berkata "jika kamu tak menjumpai kebahagiaan dalam diri kamu, janganlah kamu mencarinya di luar kerana pasti takkan bertemu.."

HILANG KEBAHAGIAAN..
Bagi orang sebegini saya mengkategorikan sebagai mereka yang berada dalam jiwa yang kacau.. Jiwa kacau ini menyebabkan mereka suka benar membuat tanggapan tanpa diminta dan lebih buruk pula, tanggapan itu hampir semuanya negatif.. Mereka akan lebih melihat keburukan dan hampir tiada kebaikan.. Merekalah penyebab hilangnya kebahagiaan.. Kebahagiaan datang dari dalam diri sendiri dan jika diri mereka penuh dengan kebencian dan negativisme, maka secara hukum alam mana mungkin mereka akan bahagia...

Mereka sering berkata yang jika sesuatu keadaan berlaku barulah mereka akan baagian atau jika mereka pergi ke satu2 tempat barulah mereka akan bahagia.. Sebenarnya ke mana sahaja mereka pergi, biar apa keadaan sekalipun mereka tak akan bahagia dan mereka akan melihat keadaan yang mereka katakan itu kelak sebagai keadaan negatif.. Ada satu perkara yang mungkin perlu untuk kita lihat dengan penuh perhatian iaitu sangka buruk mereka itu dapat membuatkan suasana harmoni menjadi negatif.. Mereka lupa bahawa sangka buruk mereka itu adalah satu dia yang mungkin boleh terjadi satu hari nanti...

Bukankah lebih baik jika mereka melihat sesuatu itu secara positif kerana sangka baik itu juga merupakan satu doa.. Jika buruk sangkaannya maka dia akan selalui memikirkan yang buruk dan akhirnya mereka melepaskan emosi mereka kepada yang postif.. Mereka mungkin tak tahu atau tak perasan yang perbuatan mereka itu menyebabkan kebahagiaan yang dibina bakal luntur akibat energi negatif yang disalurkan.. Mereka menyebabkan tekanan luar biasa bukan sahaja kepada diri mereka tetapi kepada orang yang berada di sekeliling mereka..

SANGKA BURUK..
Akhirnya mereka akakn kehilangan teman dan taulan dan itu lebih membuat mereka lebih negatif.. Mereka mula mendendami keadaan itu namun tak pula mengakuinya melainkan meletakkan kessalahan itu pada orang sekeliling.. Jiwa kacay satu penyakit yang perlu diubati dan untuk mengubatinya secara efektif, mereka yang mengalaminya perlu secara sukarela untuk berubah.. Langkah pertama, mereka perlu membersihkan dirii dari segala sangka buruk..

Mereka perlu tahu sangka buruk itu dilarang baginda S.A.W.. Keduanya, mereka perlu membuang segala peristiwa negatif yang tersemat dalam memori mereka... Seterusnya mereka perlu bergaul dengan mereka yang positif untuk jangka masa sekurang-kuranya 6 bulan.. Mereka boleh menyertai persatuan atau membuat kebajikan secara bersterusan.. Ingatlah jiwa yang kacau bukan saja membunuh jiwa mereka tetapi bakal menyebabkan mereka kehilangan orang yang kononnya mereka cintai dan sayangi...

Hiduplah dalam persepsi positif dan berkasih sayang dengan Allah S.W.T menyebabkan kita lebih positif dan tenang kerana Allah tahu segalanya dan serahkan kehidupan kita kepada Allah S.W.T dan bukan kepada serakah jiwa....